Monday, November 17, 2008

Persatuan Penduduk Taman Universiti

Persatuan Penduduk Taman Universiti telah ditubuhkan pada tahun 2007. Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk menggerakkan aktiviti-aktiviti taman sekaligus dapat mewujudkan satu suasana kejiranan yang harmoni serta mengeratkan silaturrahim sesama insan serta menguatkan sikap permuafakatan. Jawatankuasa persatuan penduduk adalah dipilih oleh semua penduduk pada setiap 2 tahun.

Organisasi Persatuan Penduduk Taman Universiti adalah seperti berikut:

  • Pengerusi: Encik Shaifol Bahary bin Sulaiman (No.39 Jln. U 10)
  • Timbalan Pengerusi: Encik Abu Bakar bin Salleh (No.32 Jln. U 12)
  • Naib Pengerusi (1): Encik Mohd.Sallehuddin bin Abu Hassan (No.14 Jln. U 20)
  • Naib Pengerusi (2): Puan Suhartini binti Hadi (No.32 Jln. U 12)
  • Setiausaha: Encik Ngahdirin bin Tumari (No.09 Jln. U 12)
  • Naib Setiausaha: Encik Fu’ad bin Abu Bakar (No.08 Jln. U 12)
  • Bendahari: Encik Rashidi bin Miskon (No.11 Jln. U 12)

Ahli Jawatankuasa:

  • Biro Agama : Tuan Haji Saip bin Haji Zaini (No.01 Jln. U 18)
  • Biro Keselamatan : Encik Mohd.Daud bin Abu Yamin (No.02 Jln. U 18)
  • Biro Tugas-tugas Khas : Encik Mohd. Halim bin Mohd.Nasir (No.21 Jln. U 09)
  • Biro Keb. & Ekonomi : Encik Ahmad Daud bin Samsudin (No.26 Jln. U 10)
  • Biro Dokumentasi : Encik Mohd.Norasri bin Ismail (No.23 Jln. U 09)
  • Biro Sukan : Encik Mat Aripin bin Sarman (No.39 Jln. U 09)
  • Biro Pendidikan : Cik Adura binti Hj. Mohamad (No.04 Jln. U 20)
  • Biro Hal Ehwal Wanita : Puan Suhartini binti Hadi (No.32 Jln. U 12)

Jawatankuasa Ketua Jalan:

  • Ketua Jalan Universiti 1 : Tuan Haji Hassan Sani bin Salleh (No.18 Jln. U 01)
  • Ketua Jalan Universiti 9 :(1) Encik Abd.Rahman bin Kasmin (No.37 Jln. U 09) (2) Encik Mahmod Abd.Hakim bin Mohamad (No.05 Jln. U 09)
  • Ketua Jalan Universiti 10 : Encik Ahmad Daud bin Samsudin (No.26 Jln. U 10)
  • Ketua Jalan Universiti 12 : Encik Hanibah bin Othman (No.30 Jln. U 12)
  • Ketua Jalan Universiti 16 : Encik Mohd.Hairol bin Yunus (No.33 Jln. U 16)
  • Ketua Jalan Universiti 18 : Encik Helmi bin Khairi (No.10 Jln. U 18)
  • Ketua Jalan Universiti 20 : (1) Encik Ambok Salleh bin Hj.Ulang (No.06 Jln. U 20) (2) Encik Haslizan bin Hashim (No.20 Jln. U 20)

Pasar Malam Taman Universiti


Pasar malam Taman Universiti diadakan pada setiap hari Rabu (malam Khamis) bermula dari bulan Februari 2008. Pasar malam tersebut diuruskan oleh Biro Kebajikan dan Ekonomi dengan kebenaran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sehingga kini sebanyak kira-kira 30 gerai yang menyediakan pelbagai jenis jualan dengan harga yang sangat berpatutan. JOM ke PASAR MALAM...

Tentang Taman Universiti Parit Raja

Taman Universiti

Parit Raja merupakan satu pekan di dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Populasi majoriti penduduk di pekan ini merupakan etnik Jawa. Sejak kebelakangan ini, pembangunan Parit Raja adalah sangat pesat. Terdapat dua institut pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang mana telah menjadi pemangkin kepada kerancakan pembangunan Parit Raja. Parit Raja terkenal dengan hasil kampung serta pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) makanan ringan tradisional seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja adalah bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu.

Taman Universiti adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat ke Air Hitam. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke Taman Universiti dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan Air Hitam menuju ke Batu Pahat untuk sampai ke Taman Universiti.

Nama Taman Universiti adalah diambil bersempena dengan kedudukan Taman Universiti yang bersebelahan dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.


Pendidikan

Senarai Pusat Pendidikan Pra-Sekolah:
  • Taska Kampus Anak Bestari
  • Taska Manis
  • Taska Ibu Manja

Senarai sekolah berhampiran:

  • Sekolah Kebangsaan Pintas Raya

Institusi Pengajian Tinggi berhampiran:

  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Kolej Kemahiran Tinggi Mara

Kemudahan Asas

  • Surau
  • Gelanggang Bola Tampar (Dalam Pembinaan)
  • Padang