Taman Universiti
Parit Raja merupakan satu pekan di dalam Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia. Populasi majoriti penduduk di pekan ini merupakan etnik Jawa. Sejak kebelakangan ini, pembangunan Parit Raja adalah sangat pesat. Terdapat dua institut pengajian tinggi di sini iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara yang mana telah menjadi pemangkin kepada kerancakan pembangunan Parit Raja. Parit Raja terkenal dengan hasil kampung serta pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) makanan ringan tradisional seperti rempeyek, pisang salai, dan beraneka kerepek. Nama Parit Raja adalah bersempena lawatan kerabat di Raja Johor yang mana dikatakan ada Raja yang berhenti di kampung ini untuk mendapatkan air minuman pada masa dahulu.
Taman Universiti adalah terletak di antara perjalanan Batu Pahat ke Air Hitam. Perjalanan yang perlu diambil untuk sampai ke Taman Universiti dari Bandar Batu Pahat adalah mengambil masa lebih kurang 30 minit (20 KM) dan 15 minit dari Pekan Air Hitam (15 KM). Bagi para pengguna Lebuhraya Utara - Selatan, mereka perlu memasuki ke persimpangan Air Hitam menuju ke Batu Pahat untuk sampai ke Taman Universiti.
Nama Taman Universiti adalah diambil bersempena dengan kedudukan Taman Universiti yang bersebelahan dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Kolej Kemahiran Tinggi Mara.
Pendidikan
Senarai Pusat Pendidikan Pra-Sekolah:- Taska Kampus Anak Bestari
- Taska Manis
- Taska Ibu Manja
Senarai sekolah berhampiran:
- Sekolah Kebangsaan Pintas Raya
Institusi Pengajian Tinggi berhampiran:
- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Kolej Kemahiran Tinggi Mara
Kemudahan Asas
- Surau
- Gelanggang Bola Tampar (Dalam Pembinaan)
- Padang
No comments:
Post a Comment